Saturday 22 October 2011

Kata-kata Hikmat


Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah sesuatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain penggantinya.
(Saidina Ali Ibn Abi Talib) 

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah.
(Saidina Ali Ibn Abi Talib)

Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada berbuat ibadah sunat.
(Imam Asy-Syafie)

Ciri yang membezakan antara manusia dan haiwan ialah ilmu. Maka manusia adalah manusia yang menjadi mulia kerana ilmu dan bukan disebabkan oleh dirinya.
(Imam Al-Ghazali)

No comments:

Post a Comment