Saturday 10 December 2011

Istinjak

Pengertian Istinjak
Bahasa: Selamat dan terhindar daripada penyakit.
Syarak: Menghilangkan najis yang keluar daripada qubul atau dubur dengan menggunakan air, batu atau sesuatu yang dibenarkan oleh hukum syarak untuk bersuci.

Hukum Beristinjak
Wajib beristinjak dengan air, batu atau suatu benda yang keras, kesat, suci dan tidak dihormati.

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; "kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah. Yang seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Rukun Istinjak
1. Islam.
2. Alat untuk istinjak, seperti air, batu, kertas atau seumpamanya.
3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.
4. Istinjakkan itu membersihkan sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.
5. Beristinjak dengan benda-benda kesat mesti memenuhi beberapa syarat seperti berikut :
  • Alat tersebut kering dan bersih. Alat-alat yang tidak boleh digunakan untuk melakukan istinjak seperti barang-barang yang dimakan oleh manusia seperti buah-buahan, ataupun bahan makanan yang lain serta tahi kering dan tulang-tulang haiwan.
  • Najis yang hendak dicuci masih belum kering.
  • Najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya
  • Beristinjak dilakukan dengan disapu sebanyak tiga kali, dan sekiranya belum bersih mesti diulang sehingga bersih dari kesan warna, kesan rasa dan kesan baunya.

Cara Beristinjak
1. Istinjak mestilah dilakukan kali berturut-turut, jika masih belum suci, boleh diulang lagi basuhan sehingga suci.
2. Alat dibuat istinjak mestilah melingkupi tempat yang disapu.
3. Beristinjak mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar dari kemaluan manusia.

Cara Berisntinjak dengan Menggunakan Batu
1. Sunat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan kemaluan yang kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan.
2. Kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan kemaluan kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan yang disapu.
3. Sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur.
4. Sunat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada najis secara perlahan-lahan.
5. Sunat istinjak dengan batu, dahulukan istinjak pada dubur kerana najis pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Jika najis telah kering, wajib menggunakan air.

Syarat Istinjak Dengan Batu

1. Najis tersebut tidak terkena tempat lain.
2. Bagi membuang air besar hendaklah najis tersebut berlemak-lemak, tidak cair atau lembik.
3. Hendaklah najis itu tidak terkena najis lain ke atasnya. Kalau ia terkena najis lain, maka ia wajib beristinjak dengan menggunakan air mutlak.
4. Sekurang-kurangnya menggunakan tiga biji batu atau tiga bahagian dari sebiji batu besar. Jika tiga batu masih tiada menyucikan hendaklah ditambah lagi hingga diyakini suci.
5. Haram beristinjak menggunakan tulang dan najis yang menjadi keras. Begitulah juga haram beristinjak dengan sesuatu yang tertulis perkataan yang dimuliakan seperti ayat Al-Quran, hadis, ilmu yang bermanfaat, nama-nama nabi-nabi, malaikat dan alim ulama.

Cara Istinjak Dengan Air Mutlak
1. Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.
2. Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri. Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.
3. Bagi perempuan yang dara, semasa beristinjak hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya.
4. Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis padanya ketika membasuh dubur.
5. Sunat selepas istinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh tangan.
6. Sunat membaca doa ketika beristinjak.
7. Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.
8. Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya di tangan. Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosok dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasa kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.
9. Setelah selesai beristinjak dengan menggunakan air mutlak, batu atau benda-benda kesat, maka disunatkan membaca doa:

“Ya Allah, bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kejelikan (kekotoran).”

No comments:

Post a Comment